Thursday, 24 January 2013

Dipenghujung Lautan Cinta : Bab 36


                                                                               (Chapter 36)

                               “Kenapa masa awal bulan awak tak masuk terus?” Encik Yahya merenung tepat ke bola mata Izzul.
                               “Saya tak mula sekolah lagi.” Balas Izzul tenang.Tiada riak curiga pada wajahnya.
                               “Awak tahu tak Izzul?saya tak sanggup melihat sekolah ini dijadikan tempat berteduh bagi golongan pelajar yang rosak disiplin.”
                               Izzul mengangkat muka lalu memandang tepat wajah Encik Yahya.”Maksud cikgu?”
                               “Saya tak mahu awak pindah ke sini,semata-mata melarikan diri dari nasib awak sendiri.Lagipun banyak juga kami beri peluang pada orang macam awak ni,tetapi semuanya tidak seperti yang kami harapkan.Awak fikir semudah itu saja ke saya membenarkan awak bersekolah di sini?” Tungkas Encik Yahya.Sengaja mewujudkan kesan curiga pada anak muda itu.
                               “Itu saya faham cikgu.” Izzul menunduk memandang lantai.
                               Dari pandangan Encik Yahya.Dengan personaliti Izzul yang berseragam sekolah,dia sendiri meragui untuk menggagalkan hasrat Izzul.”Course apa awak ambil?”
                               “Sastera..” Jawab Izzul ringkas.
                               Encik Yahya mengangguk perlahan.”Baiklah,awak boleh tinggalkan dokumen ni untuk saya?”
                               “Saya boleh belajar di sini?” Air muka Izzul kembali mekar.
                               Encik Yahya mengangguk seraya tersenyum.”Awak boleh ke kelas awak sekarang..di blok B tingkat 3 hujung sekali bahagian kiri.”
                               Izzul bangkit dari kerusi.”Terima kasih cikgu.Saya minta diri dulu.” Pamitnya lalu melangkah keluar dari bilik pejabat itu.
                              
******************************************

                            
                             
                               Izzul melangkah menaiki anak tangga.’tingkat 3 hujung sekali bahagian kiri..’ Detik hatinya.
                               Izzul berhenti berjalan.Dia mengeluh seketika.Matanya kalih memandang anak tangga.Tinggal satu tingkat lagi untuk dia jejaki.Sementara itu,dia mengambil kesempatan merayau-rayau seketika berhampiran koridor itu.
                               “Sana mesti tandas.” Bisiknya lalu melangkah menghampiri tandas itu yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri.
                               Izzul melangkah memasuki tandas.Bau yang cukup menyesakkan nafas menyelubungi hingga rongga hidungnya.Tetapi dia tidak terkejut,kerana bau itu sudah biasa bagi dirinya.Apa lagi kalau bukan bau rokok!
                               Serentak itu antara dua pintu tandas dikuak.Izzul tersentak lalu melangkah laju memasuki antara bilik tandas itu.Dia menutup rapat pintu tandas itu.Apabila dia memandang ke atas.Cahaya matahari dari tubir tingkap tandas menampakkan gumpalan asap-asap menyelebungi ruang tandas tersebut.
                               “Yang mana?” Seorang pelajar bersuara sambil menilik penampilannya di muka cermin.
                               “Aalaah..yang 5 Amanah tu..” Balas seorang pelajar iaitu sahabatnya.
                               “Bohsia yang kau pungut kat luar sekolah ni pun kau tak try habis.Ini pula yang high class tu?yang kau lagi satu,takde minah lain ke kau nak tackle?perempuan kolot macam tu jugak kau nak!” Kutuk sahabatnya itu tanpa niat mewujudkan sebarang pravokasi.
                               “Tapi dia lawa siot,kau jugak cakap macam tu dulu.Tapi tak berani nak tackle..” Kata lelaki itu tanpa kalih memandang sahabat di sebelahnya.
                               “Memanglah.Tapi semenjak aku tahu dia tu tak layan orang macam kita ni,tu pasal aku tak peduli pun.”
                               “Aku akan dapat dia!” Monolognya lalu mereka berdua sama-sama ketawa.
                               Kening Izzul terjongket.’Perempuan mana diorang cakap tu?macam popular je kat sekolah ni.’ Bisik hatinya.Dia menjengah telinganya lagi ke arah suara tersebut.
                               Setelah sebarang suara tidak kedengaran.Izzul keluar dari bilik tandas itu seraya mengeluh panjang.Dia terus beredar dari tempat itu.

**************************************

                                “Assalamualaikum cikgu..” Suara dilontarkan serentak dengan ketukan pintu.
                                Semua mata mengalih perhatian ke arah Izzul.Begitu juga dengan Natasya.Dia memandang Izzul tidak berkelip.
                                “Mohon maaf cikgu,saya pelajar baru.” Kata Izzul.
                                Cikgu itu tersenyum.”Silakan masuk,pergilah ke tempat kamu.”
                                Izzul membalas senyuman cikgu tersebut.Langkah kakinya ke arah belakang mencari tempat duduk.Sekilas itu,matanya berpaling memandang Natasya.
                                Pantas Natasya mengalih pandangannya.Segan juga rasanya lelaki itu menyedari dia memerhatikannya. 

2 comments:

  1. Mane bab 37?? Omg!! Tergantung.. Kan cheong.. :(

    ReplyDelete
  2. setiap bab akan di-update kan untuk jangka masa yg cukup lama ini kerana kami akan menghadapi SPM.harap reader dapat brsabar
    thnx..

    ReplyDelete